Sunday, November 27, 2011

Kenapa Lelaki Suka Tengok Kat Perempuan Lain?

Salam Blogger,
Bila kita bersama pasangan kita, kita sentiasa mengharapkan bahawa kita lah yang sentiasa dia pandang. Tapi, kenapa dia mesti nak pandang orang lain? Sakit hati kan, bila kita kelua bersama tapi fokusnya pasangan kita mesti lari-lari. So, apa patut kita buat?

1. Lelaki sukakan kecantikan
-Ia adalah lumrah bila lelaki selalu jeling ke arah wanita lain. Hei...jangan salah faham ok, lebih baik dia pandang perempuan. Kalau pasangan kita asyik jeling kat lelaki, lagi parah kan? So, berdandanlah sedikit. Tak salah pun kalau cantik untuk si dia.

2. Lelaki sukakan benda baru.
-Kalau anda gemar melakukan perubahan, jangan segan dapatkan First Impression daripada pasangan anda. Ikuti fesyen terbaru dan lakukannya. Kalau rasa-rasa okey, boleh teruskan...tapi, kalau tak sesuai segeralah tukar. Dapatkan nasihat dari rakan-rakan dan surf sendiri di internet.

3. If u can't beat them, join them.
-Lelaki takkan puji perempuan lain di depan anda. Kerana itu dia jeling. Dan anda akan buatkan dia serba salah kalau tanya sama ada wanita itu cantik atau tidak. So, anda pun jeling sahajalah mana lelaki yang anda suka. Maybe, dia akan perasan mood anda ketika itu.

PS-elakkan diri anda mencubit pasangan anda depan wanita itu...ini kerana anda akan menjatuhkan maruah anda sendiri. Ia seolah-olah anda cemburu dan tak percaya pada kecantikan diri sendiri.

Tuesday, November 22, 2011

Kad Apa Dalam Dompet Anda?

Salam,
Berapa banyak kad dalam dompet anda dan apa faedah yang anda dapat dengan memiliknya? Kad-kad yang anis maksudkan bukan kad pengenalan atau lesen memandu ye? Jom kita survey:

1. Kad membeli belah:

Antara shopping mall yang paling dekat adalah Tesco. So, Anis takde choice lain selain beli barang-barang dapur kat sini. Walaupun voucher bulan-bulan yang Anis dapat tak sebesar Jaya Jusco atau Parkson. Tapi, Anis kira juga kos pengangkutan pergi balik dari sana sini.

2. Kad isi minyak.
Anis selalu pergi Shell, agak jauh sedikit dari rumah tapi anis suka pakai kad bonuslink ni. Baru-baru ni dapat RM50 voucher KFC. Kira-kira tak rugi anis isi minyak dua minggu sekali.

3. Kad cuci kereta lima kali + 1 free.

Rasa-rasanya mesti semua orang yang malas cuci kereta ada kad ni kan? Anis lah salah seorang daripada korang-korang semua. Bayar jelah Rm8 hingga Rm10, tak payah peluh-peluh. Biarlah diorang cuci dengan snow, siap vacum lagi...

Meh kongsi ya kawan-kawan semua. Kad apa dalam dompet korang?

Sekian

Benarkah duit tak mampu membeli kebahagiaan, pengalaman dan kesihatan?

Salam,
Kita banyak melihat keburukan sesetengah pendapat bahawa duit tidak mampu membeli segalanya. Sejauh mana kebenaran ini? Anis rasa kita banyak melihat dari segi negatif. Mari kita tinjau sedikit dari prospek yang lain pula.

Bagaimana kita mahu membeli kebahagiaan kita menggunakan duit?
Belajar untuk belanja, sedekah dan memberi. Dari kecil lagi kita belajar bahawa memberi lebih baik dari menerima. Kenapa kita harus terlampau kedekut untuk melihat senyuman yang tersayang apabila kita belikan dia sesuatu? Bila kita memberi, Anis percaya, orang akan memberikan kita sedikit kebahagiaan. Dia akan melayan kita dengan baik. Pada sesetengah orang, mungkin beranggapan bahawa orang itu suka kerana duit. Tapi, tak semua begitu. Kerana jika kita berbuat baik, Insya Allah. Kita akan dibalas baik juga.

Bagaimana kita membeli kesihatan menggunakan duit?
Ajar diri dan anak-anak kita makan makanan yang berkhasiat. Latih diri untuk tidak lokek membeli makanan yang mahal tetapi memberikan zat yang bagus untuk diri kita. Kadang-kadang kita terlalu memperuntukkan wang kita atas perkara yang perlu sahaja. Maksudnya, beras, gula, garam, bahan-bahan mentah seperti ikan, daging, ayam atau sayur-sayuran. Tapi kita lupa zat sampingan yang kini diperlukan untuk badan seperti kalsium, live culture, acid folic dan sebagainya. Ia hanya terdapat pada makanan tertentu yang boleh tahan harganya seperti yogurt, susu premium dan lain-lain. Duit mampu belikan kita makanan yang sihat.

Bagaimana kita membeli pengalaman?
Elakkan diri dari bershopping semata, sebaliknya gunakan wang itu untuk menghadiri atau menyertai aktiviti yang berfaedah seperti kelas berenang, kelas piano, kelas komputer mahupun kelas memasak. Zaman millenium ini, orang berpengalaman luas sangatlah ramai. Kalau kita mempunyai wang tapi sering ditipu, lebih baik kita latih diri kita dengan aktiviti berfaedah begini.

Sumber asal dari sini.
Sekian

klik sini juga...