Tuesday, November 22, 2011

Benarkah duit tak mampu membeli kebahagiaan, pengalaman dan kesihatan?

Salam,
Kita banyak melihat keburukan sesetengah pendapat bahawa duit tidak mampu membeli segalanya. Sejauh mana kebenaran ini? Anis rasa kita banyak melihat dari segi negatif. Mari kita tinjau sedikit dari prospek yang lain pula.

Bagaimana kita mahu membeli kebahagiaan kita menggunakan duit?
Belajar untuk belanja, sedekah dan memberi. Dari kecil lagi kita belajar bahawa memberi lebih baik dari menerima. Kenapa kita harus terlampau kedekut untuk melihat senyuman yang tersayang apabila kita belikan dia sesuatu? Bila kita memberi, Anis percaya, orang akan memberikan kita sedikit kebahagiaan. Dia akan melayan kita dengan baik. Pada sesetengah orang, mungkin beranggapan bahawa orang itu suka kerana duit. Tapi, tak semua begitu. Kerana jika kita berbuat baik, Insya Allah. Kita akan dibalas baik juga.

Bagaimana kita membeli kesihatan menggunakan duit?
Ajar diri dan anak-anak kita makan makanan yang berkhasiat. Latih diri untuk tidak lokek membeli makanan yang mahal tetapi memberikan zat yang bagus untuk diri kita. Kadang-kadang kita terlalu memperuntukkan wang kita atas perkara yang perlu sahaja. Maksudnya, beras, gula, garam, bahan-bahan mentah seperti ikan, daging, ayam atau sayur-sayuran. Tapi kita lupa zat sampingan yang kini diperlukan untuk badan seperti kalsium, live culture, acid folic dan sebagainya. Ia hanya terdapat pada makanan tertentu yang boleh tahan harganya seperti yogurt, susu premium dan lain-lain. Duit mampu belikan kita makanan yang sihat.

Bagaimana kita membeli pengalaman?
Elakkan diri dari bershopping semata, sebaliknya gunakan wang itu untuk menghadiri atau menyertai aktiviti yang berfaedah seperti kelas berenang, kelas piano, kelas komputer mahupun kelas memasak. Zaman millenium ini, orang berpengalaman luas sangatlah ramai. Kalau kita mempunyai wang tapi sering ditipu, lebih baik kita latih diri kita dengan aktiviti berfaedah begini.

Sumber asal dari sini.
Sekian

No comments:

klik sini juga...