Sunday, November 27, 2011

Kenapa Lelaki Suka Tengok Kat Perempuan Lain?

Salam Blogger,
Bila kita bersama pasangan kita, kita sentiasa mengharapkan bahawa kita lah yang sentiasa dia pandang. Tapi, kenapa dia mesti nak pandang orang lain? Sakit hati kan, bila kita kelua bersama tapi fokusnya pasangan kita mesti lari-lari. So, apa patut kita buat?

1. Lelaki sukakan kecantikan
-Ia adalah lumrah bila lelaki selalu jeling ke arah wanita lain. Hei...jangan salah faham ok, lebih baik dia pandang perempuan. Kalau pasangan kita asyik jeling kat lelaki, lagi parah kan? So, berdandanlah sedikit. Tak salah pun kalau cantik untuk si dia.

2. Lelaki sukakan benda baru.
-Kalau anda gemar melakukan perubahan, jangan segan dapatkan First Impression daripada pasangan anda. Ikuti fesyen terbaru dan lakukannya. Kalau rasa-rasa okey, boleh teruskan...tapi, kalau tak sesuai segeralah tukar. Dapatkan nasihat dari rakan-rakan dan surf sendiri di internet.

3. If u can't beat them, join them.
-Lelaki takkan puji perempuan lain di depan anda. Kerana itu dia jeling. Dan anda akan buatkan dia serba salah kalau tanya sama ada wanita itu cantik atau tidak. So, anda pun jeling sahajalah mana lelaki yang anda suka. Maybe, dia akan perasan mood anda ketika itu.

PS-elakkan diri anda mencubit pasangan anda depan wanita itu...ini kerana anda akan menjatuhkan maruah anda sendiri. Ia seolah-olah anda cemburu dan tak percaya pada kecantikan diri sendiri.

1 comment:

~RizaL~ said...

nape rasa mcm terasa..
hahaha
mai baca nie:
Skadal oo skandal

klik sini juga...